Saturday, May 5, 2012

Alhamdulillah...

Assalamualaikum.. Alhamdulillah,akhirnye jumpe gk password blog ni..yuhuuuuu! kembali aktif? maybe :-)

Wednesday, September 30, 2009

hukum bercelak bg muslimmah



++Hukum memakai celak mata adalah harus samada bagi lelaki atau perempuan dan merupakan perhiasan yang pernah di pakai oleh Nabi saw sebagaimana hadith Tirmizi dan Ibn Majh dari Ibn Abbas ra yang bermaksud :
"Adalah pada Nabi saw suatu celak yang digunakan oleh baginda 3 kali waktu tiap kali memakainya"
Dalam hadith yang lain pula Nabi saw bersabda yang maksudnya :
"Siapa yang pakai celak maka hendaklah dipakainya 3 kali"
Berkata ulamak "siapa" dalam hadith tersebut termasuk juga kaum wanita.
Jadi ulamak telah menetapkan harus memakai celak bagi lelaki atau perempuan dan tiada larangannya melainkan pada ketika mengerjakan haji yaitu makruh hukumnya.
Perlu di ingatkan bahawa perhiasan yang di larang ke atas kaum wanita itu bukannya celak tetapi alat-alat solek seperti gincu, pemerah pipi dan seumpamanya yang banyak kita lihat hari ini.inilah perhiasan yang menimbulkan fitnah kepada kaum lelaki.
Rujukan KItab Al-Mufassol Dr Abd Krim Zaidan juzuk 3 muka surat 354
wallahua'lam

KELEBIHAN BERCELAK

++Imam al-Tirmizi meriwayatkan daripada Muhammad bin Hamid al-Razi, daripada Abu Daud Al-Tiyalusi daripada Abbad bin Mansur daripada 'Ikrimah daripada Ibn Abbas, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

Bercelaklah kamu dengan ithmid, (ianya akan) mencerahkan pandangan, dan melebatkan rambut.

Status hadith: Sohih

Penjelasan

1. Rasulullah amat menggalakkan umat Islam untuk memakai celak. Teori rawatan Islam mencadangkan yang pemakaian celak memang dapat membantu mencerahkan pandangan. Selain itu, ianya juga dapat menyejukkan mata.
2. Celak juga boleh melebatkan bulu mata. Rambut di dalam hadith di atas banyak ditafsirkan oleh ulamak sebagai bulu mata.
3. Ithmid ialah sejenis celak daripada bahan logam, seperti besi. Konsepnya hampir sama seperti celak masyarakat Melayu, iaitu ada bekas yang mengandungi serbuk atau minyak celak, dan ada batang besi untuk mencelup dan menyapu celak itu di mata. Ada ulamak yang menyatakan ianya merupakan celak daripada Isfahan.
4. Di dalam riwayat sohih yang lain, Rasulullah memakai celak 3 kali di mata kanan dan kiri sebelum tidur.

***SUMBER DR ILUVISLAM.COM

Wednesday, September 16, 2009

ghaye dh nk dekat...

Tuesday, September 8, 2009

dugaan bulan puasa..

salam..
erm...dugaan..dugaan...
disebab sakit aku ni makin teruk n da merebak kt tempat laen,
terpakse gak la g klinik check sbb sblm ni kalo aku sakit ape2,aku tahan je sbb mmg xske g jmpe doc..
ble sakit ni byk bende tgendala nk wat,ingtkn minggu ni nk siapkan jahit langsir ngn wt kuih,tp nmpk nyer kne tangguh la skejap..
ape erk doc 2 ckp nme penyakit aku ni..lpe da...
tp yg paling xbestnyer aku kne pantang mkn...huhu...sngt2 xbest..
mse check td,aku ingt check2 biase je...skali kne inject da....punye la smgt aku hulur tgn kt doc tu sbb ingt kn dier nk inject kt tgn,ghupenyer2 kne cucuk kt punggung..huhu..(^_^)...mule2 kne inject 2,xrse sakit..ble da blk umah,bru terasa sengal2...
pape pn,korang doakan la aku cpt sembuh ye.....

Saturday, September 5, 2009

nk promot sket...

salam..
lps sahur td,nk dekat2 subuh aku dpt panggilan..
uih..sp yg call pepagi bute ni...
huhu...alip ghupenyer...
lme benor xdgr cite si alep ni sejak dia smbung bljr..
rupe2nyer die call aku,nk bg aku dgr lagu baru dlm album dier nnt..
not bad..lagu pergilah syg yg da diubah lirik...tajuk pon da tukar jd sebenarnya cinta..
dier kate aku antare org2 terawal yg dgr lagu 2..huhu..kire agak bertuah la aku ni..
cewah..prasan lak..
minggu dpn da leh dgr single muslim voice kt radio2..
3 lagu,wahai teman,hanya padamu ngan sebenarnya cinta...
so,buat kwn2 kt luar sne 2,jgn lpe dptkn single album muslim voice ye..
1 perubahan dlm industri nasyid bkl berlaku...(pewittt..hihi)

link ni antara lgu yg terdapat dlm single muslim voice..
slmt mendengar...

http://www.esnips.com/doc/99cbdebc-a89c-4486-a4e9-bebf87b09323/Hanya-PadaMu-Muslim-voice-mv




***alep,jgn lpe bg sara free album ye..huhu...

18 jam sebelum Ustaz Asri Pergi Tak Kembali

Kejadian yang ditulis sang penulis ini adalah selepas 3 hari Ustaz Asri pergi meninggalkan kita semua. Kami ada menulis mengenai pemergian Ustaz Asri pada 16 Ogos yang lalu. Ikuti kisah luahan hati seorang sahabat kepada Allayarham Asri bin Ibrahim ini...

Semuanya bermula dari satu panggilan, tengahari 12 Ogos 2009….

ASRI: Assalammualaikum! Man, anta kat mane?

AKU: Kat syurga… hehehe (gurau. Sebenarnya baru bangun tidur)

ASRI: Cit! ana pun nak jadi cam anta lah! Hahaha… (melayan gurauan)

AKU: Maqam ana lain, hehehe. Anta, ALLAH jemput direct; lagi hebat!
(masih lagi mood gurauan @ isyarat?!)

ASRI: Dah! Dah! Jadi tak jumpe?

AKU: Jadi. Kenape?

ASRI: Jumpe lewat sikitlah. Ana nak meeting dengan rabbani. Pas tu jumpa Pyan jap kot.tapi tak tahu lagilah…

AKU: Cam ni lah! Anta setel semua, anta call. O.k?

ASRI: O.k! Insya’ALLAH

Seperti yang dirancang kami pun bertemu di area Taman Dr. Ismail. Kami bercerita segala kisah yang mungkin termasuklah perihal Rabbani, tugas dakwah dan agenda projek baru bersama.

AKU: Insya’ALLAH, takde aral melintang album zikir baru anta dengan Hijjaz kuar Ramadhan ni

ASRI: Album mane ni?

AKU: Kan kita ade dua album yang belum release lagi. Satu, yang amalan orang-orang melayu. Satu lagi yang Ratib Hadad tu.

ASRI: Abis anta kuar mane dulu?

AKU: kuar yang ada amalan tok janggut, mat kilau, tokku paloh tu. O.k tak?

ASRI: mmm…bagus gak tu. Jarang ada konsep album macam tu. Paling kurang ada gak yang amalkan. Ana pun dapat saham kat sana nanti.

AKU: Anta tahu title album ni

ASRI geleng kepala. Kemudian didongak-dongak kecil kepalanya dengan matanya yang turut bergerak-gerak sebagai isyarat mahu tahu.

AKU: Amalan Perisai Ghaib!

ASRI: Fuhyooo!!! Masya’ALLAH! Masalahnya ana sendiripun tak ghaib lagi.

AKU: mana tau….tah-tah anta ni dah jadi wali …..

ASRI: Amin!!!!

Kami gelak besar selepas tu. Semua yang ada di restoran itu memandang.

ASRI: Man, anta nak tengok ana ghaib tak?

AKU: Cubalah…….hehehe

ASRI: Tapi kalau ana tak datang balik, anta cari ana tau. Jangan nangis lak….

Kemudian, ASRI bangun dari tempat duduk dan berlalu dari situ…

AKU: Hah!? Nak pi mana pulak tu???

ASRI: Tandas lah! Ni ghaiblah ni. Ghaib dari mata anta…(tersengih)

AKU tergelak. Tersengih. Pandai ASRI kenakan AKU. Beberapa minit kemudian, ASRI kembali. Kami pun bercerita layaknya seorang sahabat dengan sahabat – persis abang dan adik; tentang buku ASRI yang terbaru. AKU ceritakan susunan buku yang hampir siap itu.

ASRI: Okey tu…tapi ana letak tajuk buku kali ni boleh?

AKU: cantikkkk! Apa dia?

ASRI: Maaf, Kalau Aku Tak Sempurna…. Ok tak?

AKU: Wah! Ini sudah lawan ayat namanyer….hehehe

Tawa kami berderai lagi….. Kami terus berceritera lagi, tentang jodoh AKU pun ada; sempat juga sekali dua AKU terkena sedas dua nasihatnya. Kata-katanya kali ini begitu mengesan sangat di hati AKU.

ASRI: Man…apa pun, ana setuju jer dengan anta. Ana nak balik awal lah ari ni. Rasa letih. Penat. Esok 9 pagi nak gi RTM , ada program…

AKU: Okeylah! Anta baliklah terus. Rehat.

Kami pun bersalaman. Kuat genggamannya. Ditepuknya bahuku beberapa kali. Kami berpecah arah. Tak jauh kaki AKU melangkah, ASRI memanggil.

ASRI: man, anta tahu tak? Dah lebih 15 tahun kita berkawan kan? Tapi takde satu pun gambar ana dengan anta. Meh! Sini kita tangkap gambar jap…

AKU: hahaha…merepeklah! Tak penting tu. Lain kali ajer lah.
Malu lah nak bergambar dengan orang yang wajah ahli syurga ni

ASRI ketawa melihat keletah malu-malu kucing AKU. Dan aku pun terus meninggalkannya tanpa menunaikan permintaan itu. Yups! Permintaan terakhirnya… kami berpisah untuk berpisah selamanya!

Ya ALLAH…aku rindu. Aku semakin rindu. Rindu sangat.

“33 jam yang lalu, dia masih tak lokek dengan senyuman, dia mampu bercanda tawa di sebuah pertemuan hati ke hati. Tapi hari ini tadi, dia kaku – diam seribu bahasa – namanya ku panggil tak bersahut lagi. Tangan yang semalam bersalaman, menjadi tangan yang memandikannya; mengkafaninya.

Ya ALLAH benar kah semua ini? Mimpikanlah ini semua!!!!!”

Wednesday, September 2, 2009

di atas sejadah cinta (episode 3)

Keesokan harinya.
Usai shalat dhuha, Zahid meninggalkan masjid menuju ke pinggir kota. Ia hendak menjenguk
saudaranya yang sakit. Ia berjalan dengan hati terus berzikir membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
Ia sempatkan ke pasar sebentar untuk membeli anggur dan apel buat saudaranya yang sakit.
Zahid berjalan melewati kebun kurma yang luas. Saudaranya pernah bercerita bahwa kebun
itu milik saudagar kaya, Abu Afirah. Ia terus melangkah menapaki jalan yang membelah kebun
kurma itu. Tiba-tiba dari kejauhan ia melihat titik hitam. Ia terus berjalan dan titik hitam itu
semakin membesar dan mendekat. Matanya lalu menangkap di kejauhan sana perlahan bayangan
itu menjadi seorang sedang menunggang kuda. Lalu sayup-sayup telinganya menangkap suara,
“Toloong! Toloong!!”
Suara itu datang dari arah penunggang kuda yang ada jauh di depannya. Ia menghentikan
langkahnya. Penunggang kuda itu semakin jelas.
“Toloong! Toloong!!”
Suara itu semakin jelas terdengar. Suara seorang perempuan. Dan matanya dengan jelas bisa
menangkap penunggang kuda itu adalah seorang perempuan. Kuda itu berlari kencang.
“Toloong! Toloong hentikan kudaku ini! Ia tidak bisa dikendalikan!”
Mendengar itu Zahid tegang. Apa yang harus ia perbuat. Sementara kuda itu semakin dekat
dan tinggal beberapa belas meter di depannya. Cepat-cepat ia menenangkan diri dan membaca
shalawat. Ia berdiri tegap di tengah jalan. Tatkala kuda itu sudah sangat dekat ia mengangkat
tangan kanannya dan berkata keras,
“Hai kuda makhluk Allah, berhentilah dengan izin Allah!”
Bagai pasukan mendengar perintah panglimanya, kuda itu meringkik dan berhenti seketika.
Perempuan yang ada dipunggungnya terpelanting jatuh. Perempuan itu mengaduh. Zahid
mendekati perempuan itu dan menyapanya,
“Assalamu’alaiki. Kau tidak apa-apa?”
Perempuan itu mengaduh. Mukanya tertutup cadar hitam. Dua matanya yang bening menatap
Zahid. Dengan sedikit merintih ia menjawab pelan,
“Alhamdulillah, tidak apa-apa. Hanya saja tangan kananku sakit sekali. Mungkin terkilir saat
jatuh.”
“Syukurlah kalau begitu.”
Dua mata bening di balik cadar itu terus memandangi wajah tampan Zahid. Menyadari hal itu
Zahid menundukkan pandangannya ke tanah. Perempuan itu perlahan bangkit. Tanpa
sepengetahuan Zahid, ia membuka cadarnya. Dan tampaklah wajah cantik nan memesona,
“Tuan, saya ucapkan terima kasih. Kalau boleh tahu siapa nama Tuan, dari mana dan mau ke
mana Tuan?”
Zahid mengangkat mukanya. Tak ayal matanya menatap wajah putih bersih memesona.
Hatinya bergetar hebat. Syaraf dan ototnya terasa dingin semua. Inilah untuk pertama kalinya ia
menatap wajah gadis jelita dari jarak yang sangat dekat. Sesaat lamanya keduanya beradu
pandang. Sang gadis terpesona oleh ketampanan Zahid, sementara gemuruh hati Zahid tak kalah
hebatnya. Gadis itu tersenyum dengan pipi merah merona, Zahid tersadar, ia cepat-cepat
menundukkan kepalanya. “Innalillah. Astagfirullah,” gemuruh hatinya.
“Namaku Zahid, aku dari masjid mau mengunjungi saudaraku yang sakit.”
“Jadi, kaukah Zahid yang sering dibicarakan orang itu? Yang hidupnya cuma di dalam
masjid?”
“Tak tahulah. Itu mungkin Zahid yang lain.” kata Zahid sambil membalikkan badan. Ia lalu
melangkah.
“Tunggu dulu Tuan Zahid! Kenapa tergesa-gesa? Kau mau kemana? Perbincangan kita
belum selesai!”
“Aku mau melanjutkan perjalananku!”
Tiba-tiba gadis itu berlari dan berdiri di hadapan Zahid. Terang saja Zahid gelagapan.
Hatinya bergetar hebat menatap aura kecantikan gadis yang ada di depannya. Seumur hidup ia
belum pernah menghadapi situasi seperti ini.
“Tuan aku hanya mau bilang, namaku Afirah. Kebun ini milik ayahku. Dan rumahku ada di
sebelah selatan kebun ini. Jika kau mau silakan datang ke rumahku. Ayah pasti akan senang
dengan kehadiranmu. Dan sebagai ucapan terima kasih aku mau menghadiahkan ini.”
Gadis itu lalu mengulurkan tangannya memberi sapu tangan hijau muda.
“Tidak usah.”
“Terimalah, tidak apa-apa! Kalau tidak Tuan terima, aku tidak akan memberi jalan!”
Terpaksa Zahid menerima sapu tangan itu. Gadis itu lalu minggir sambil menutup kembali
mukanya dengan cadar. Zahid melangkahkan kedua kakinya melanjutkan perjalanan.